http://www.emailcashpro.com

Selasa, 26 Ogos 2014

Tradisional Sireh Dara - Penghulu Hantaran

Sirih dara telah menjadi pengiring bagi hantaran perkahwinan dari pengantin perempuan sejak berkurun lamanya. Kelaziman ini telah menjadi adat dan tradisi orang melayu yang harus dibanggakan.





Sirih dara melambangkan kedudukan si pengirim, iaitu seorang dara yang telah sedia untuk melangkah ke alam kehidupan yang seterusnya. Setiap bahan-bahan yang digunakan juga membawa maksudnya yang tersendiri. Kesemuanya memberitahu kesediaan si dara untuk melalui kehidupan sebagai seorang isteri.






Daun sirih berbentuk seperti jantung dan hujungnya berbentuk seperti runcing. Ia akan mengeluarkan bau khas yang segar apabila diramas.




Maksud kegunaannya; pengirim yang mulia hatinya, tidak mudah berputus asa, berani dan sering merendah diri.


Kapur sirih berasal dari batu jenis gamping yang diperoleh dari gunung kapur. Namun, ia tetap tidak sama dengan kapur yang digunakan untuk pembinaan bangunan. Ia adalah jenis yang tidak merbahaya untuk dimakan atau diminum. Kapur sirih memberi rasa yang pahit, payau serta hangat bila dimakan bersama sirih.
Maksud kegunaannya; pengirim mempunyai hati yang suci.


Gambir yang digunakan telah menjalani proses ekstrak, cetakan dan pengeringan dari daun dan ranting tanaman gambir. Rasanya pahit.
Maksud kegunaannya; pengirim adalah seorang yang teguh hatinya.



Terdapat pelbagai jenis cengkih namun secara umumnya cengkeh dapat diketahui dengan memiliki 5-7 helai daun tertutup, kepala bunganya berukuran kecil dan berwarna merah, ungu, putih, atau kuning. Rasanya pula pedas. Maksud kegunaanya; menggambarkan si pengirim sebagai seseorang yang berpegang kuat pada prinsip.



Buah pinang berbentuk seperti telur dan panjangnya sekitar 3.5cm hingga 7 cm. Maksud kegunaanya; melambangkan si pengirim dari keturunan yang baik dan berhati mulia




Kegunaan tembakau pula membawa maksud bahawa si pengirim ialah seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua rintangan.


Oleh kerana pengertiaan yang luas pada sirih dara ini, maka ia telah dikenali selama ini sebagai penghulu hantaran. Bahan hantaran yang lain pula adalah pengiring bagi sirih dara ini.

Dari dahulu kala, untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab seorang lelaki itu sebagai ketua keluarga, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki secara lazimnya lebih tinggi daripada pihak pengantin perempuan.

Apa yang kita boleh pelajari di sini ialah pendirian diri kita sendiri yang diperlukan untuk kita hadapi masa hadapan. Sesungguhnya, penghidupan seharian tidak selalunya indah namun adakah kita telah bersedia untuk menghadapinya bersama pasangan masing-masing. Semoga kita sentiasa diberi rahmat oleh Tuhan yang masa Esa.

Selasa, 15 Oktober 2013

Hitam & Putih, Gandingan Yang Berwibawa



Pakej Campur dan Ganding kali ini telah menyerikan majlis Adli dan Shila dengan penampilan hitam & putih, gandingan yang mudah namun berwibawa. Walaupun warna hitam menonjolkan kesyugulan, gandingan bersama warna putih telah dapat menapiskan kesan-kesan sifat yang kurang tenang hingga yang ketara adalah suasana yang selamat, damai, bersatu-padu dan berwibawa.

Campur dan Ganding (Hitam & Putih)

Warna putih dengan sendirinya menonjolkan sifat yang bersih dan suci namun ada terselindung sifat yang tidak peramah dan meninggi diri. Gandingan bersama warna hitam pula telah dapat menapiskan sifat-sifat yang kurang menyenangkan itu dan percampuran itu telah dapat mengabarkan sifat merendah diri dan saling berkerja sama.


Campur dan Ganding (Hitam & Putih)

Begitulah yang diharapkan pada setiap pasangan yang menyatu. Bersatu agar dapat saling membantu, berkerja sama demi untuk mencapai kedamaian dan keselamatan dalam melayari perjalanan hidup ini. Keburukan hanyalah suatu yang keruh, terimalah panduan agar dapat memulihkannya kembali pada jernih.

Campur dan Ganding (Hitam & Putih)

Seperti mana hitam dan putih menerima antara satu sama lain demi memulihkan perjalanan yang keruh menjadi jernih pada satu keselamatan. Inilah penyatuan yang berwibawa.

Campur dan Ganding (Hitam & Putih)


Kami dari Gubahan Kak Min, mengucapkan selamat pengantin baru buat Adli dan Shila, berserta doa semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana memilih gubahan hantaran oleh Gubahan Kak Min untuk menyerikan lagi majlis anda berdua.

Khamis, 29 Ogos 2013

Pakej 3 dari Gubahan Kak Min

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html

Pakej 3

Pakej 3 dari Gubahan Kak Min adalah pakej yang juga memberi anda pilihan dulang yang berbeza. Di dalam pakej ini, hanya dulang pahar sahaja yang digunakan dan anda berpeluang untuk memilih diantara papan berhias ataupun kotak kayu berhias sebagai alas gubahan anda. Kami ada menyediakan pelbagai gabungan warna yang boleh dipilih.

Anda hanya perlu memilih paling kurang 6 gandingan Dulang Pahar yang mengendong papan berhias ataupun kotak kayu berhias, dan bakul berhias dengan harga $250.
Jika ada dulang tambahan yang dikehendaki, setiap dulang tambahan akan berharga $45 sedulang.
Bakul yang dihiasi mengikut gabungan warna yang dipilih juga boleh dimuatkan sebagai tambahan dalam pakej ini dengan harga $45 sebakul asalkan jumlah bilangannya ialah 6.


Contoh gambar Dulang Pahar dan Kotak Kayu berserta Bunga (Biru)
Contoh gambar Dulang Pahar dan Kotak Kayu berserta Bunga (Biru)

Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Merah)
Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Merah)

Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Hitam & Putih)
Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Hitam & Putih)


Jika anda ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855.

Khidmat menghantar dulang gubahan ke majlis anda juga disediakan dengan sedikit bayaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami.

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html