http://www.emailcashpro.com

Selasa, 26 Ogos 2014

Tradisional Sireh Dara - Penghulu Hantaran

Sirih dara telah menjadi pengiring bagi hantaran perkahwinan dari pengantin perempuan sejak berkurun lamanya. Kelaziman ini telah menjadi adat dan tradisi orang melayu yang harus dibanggakan.





Sirih dara melambangkan kedudukan si pengirim, iaitu seorang dara yang telah sedia untuk melangkah ke alam kehidupan yang seterusnya. Setiap bahan-bahan yang digunakan juga membawa maksudnya yang tersendiri. Kesemuanya memberitahu kesediaan si dara untuk melalui kehidupan sebagai seorang isteri.






Daun sirih berbentuk seperti jantung dan hujungnya berbentuk seperti runcing. Ia akan mengeluarkan bau khas yang segar apabila diramas.




Maksud kegunaannya; pengirim yang mulia hatinya, tidak mudah berputus asa, berani dan sering merendah diri.


Kapur sirih berasal dari batu jenis gamping yang diperoleh dari gunung kapur. Namun, ia tetap tidak sama dengan kapur yang digunakan untuk pembinaan bangunan. Ia adalah jenis yang tidak merbahaya untuk dimakan atau diminum. Kapur sirih memberi rasa yang pahit, payau serta hangat bila dimakan bersama sirih.
Maksud kegunaannya; pengirim mempunyai hati yang suci.


Gambir yang digunakan telah menjalani proses ekstrak, cetakan dan pengeringan dari daun dan ranting tanaman gambir. Rasanya pahit.
Maksud kegunaannya; pengirim adalah seorang yang teguh hatinya.



Terdapat pelbagai jenis cengkih namun secara umumnya cengkeh dapat diketahui dengan memiliki 5-7 helai daun tertutup, kepala bunganya berukuran kecil dan berwarna merah, ungu, putih, atau kuning. Rasanya pula pedas. Maksud kegunaanya; menggambarkan si pengirim sebagai seseorang yang berpegang kuat pada prinsip.



Buah pinang berbentuk seperti telur dan panjangnya sekitar 3.5cm hingga 7 cm. Maksud kegunaanya; melambangkan si pengirim dari keturunan yang baik dan berhati mulia




Kegunaan tembakau pula membawa maksud bahawa si pengirim ialah seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua rintangan.


Oleh kerana pengertiaan yang luas pada sirih dara ini, maka ia telah dikenali selama ini sebagai penghulu hantaran. Bahan hantaran yang lain pula adalah pengiring bagi sirih dara ini.

Dari dahulu kala, untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab seorang lelaki itu sebagai ketua keluarga, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki secara lazimnya lebih tinggi daripada pihak pengantin perempuan.

Apa yang kita boleh pelajari di sini ialah pendirian diri kita sendiri yang diperlukan untuk kita hadapi masa hadapan. Sesungguhnya, penghidupan seharian tidak selalunya indah namun adakah kita telah bersedia untuk menghadapinya bersama pasangan masing-masing. Semoga kita sentiasa diberi rahmat oleh Tuhan yang masa Esa.