http://www.emailcashpro.com
Memaparkan catatan dengan label bunga telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunga telur. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

Bunga Telur Gubahan Hantaran

Sejak dahulu kala, majlis persandingan orang Nusantara atau khususnya orang Melayu sering kali dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang direka semata-mata untuk menyerikannya. Perhiasannya pula bukanlah seperti yang terdapat pada setiap upacara tetapi ianya khas untuk majlis persandingan kerana makna yang mengiringinya. Salah satu daripada perhiasan tersebut ialah Bunga Telur.

Bunga Telur Hiasan Gubahan Kak Min
Bunga Telur Hiasan Gubahan Kak Min

Ada di antara adat Melayu adalah warisan turun-temurun daripada kepercayaan silam, dan yang paling ketara ialah kepercayaan Hindu. Maksud adanya telur pada sesuatu upacara ataupun majlis ialah hadirnya kesuburan.

Dari keterangan orang-orang terdahulu, untuk menyesuaikan pada fahaman yang dianuti kebanyakkan orang-orang Melayu yang tidak mengikuti kepercayaan Hindu lagi, telur yang diadakan pada majlis tersebut digandingkan pula dengan barang lain beserta doa-doa tertentu untuk para mempelai.


Bunga Telur beserta Pulut Kuning Hiasan Gubahan Kak Min
Bunga Telur beserta Pulut Kuning Hiasan Gubahan Kak Min

Secara lazimnya, telur digandingkan dengan bunga di mana ia membawa beberapa maksud. Ada yang mengatakan bahawa seorang wanita ibarat bunga dan bunga telur mencerminkan bunga yang subur. Ada pula yang mengatakan bahawa bunga ialah punca tumbuh-tumbuhan. Apabila punca tumbuhan itu digandingkan dengan sesuatu yang subur, ia mampu mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan yang lain dengan lebih gah lagi. Justeru itu, bunga telur dianggap sebagai tanda doa agar pasangan tersebut subur dan dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat.

Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat untuk mengetahui khidmat Gubahan Kak Min. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.