http://www.emailcashpro.com

Isnin, 10 November 2014

Bunga Telur Gubahan Hantaran

Sejak dahulu kala, majlis persandingan orang Nusantara atau khususnya orang Melayu sering kali dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang direka semata-mata untuk menyerikannya. Perhiasannya pula bukanlah seperti yang terdapat pada setiap upacara tetapi ianya khas untuk majlis persandingan kerana makna yang mengiringinya. Salah satu daripada perhiasan tersebut ialah Bunga Telur.

Bunga Telur Hiasan Gubahan Kak Min
Bunga Telur Hiasan Gubahan Kak Min

Ada di antara adat Melayu adalah warisan turun-temurun daripada kepercayaan silam, dan yang paling ketara ialah kepercayaan Hindu. Maksud adanya telur pada sesuatu upacara ataupun majlis ialah hadirnya kesuburan.

Dari keterangan orang-orang terdahulu, untuk menyesuaikan pada fahaman yang dianuti kebanyakkan orang-orang Melayu yang tidak mengikuti kepercayaan Hindu lagi, telur yang diadakan pada majlis tersebut digandingkan pula dengan barang lain beserta doa-doa tertentu untuk para mempelai.


Bunga Telur beserta Pulut Kuning Hiasan Gubahan Kak Min
Bunga Telur beserta Pulut Kuning Hiasan Gubahan Kak Min

Secara lazimnya, telur digandingkan dengan bunga di mana ia membawa beberapa maksud. Ada yang mengatakan bahawa seorang wanita ibarat bunga dan bunga telur mencerminkan bunga yang subur. Ada pula yang mengatakan bahawa bunga ialah punca tumbuh-tumbuhan. Apabila punca tumbuhan itu digandingkan dengan sesuatu yang subur, ia mampu mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan yang lain dengan lebih gah lagi. Justeru itu, bunga telur dianggap sebagai tanda doa agar pasangan tersebut subur dan dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat.

Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat untuk mengetahui khidmat Gubahan Kak Min. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Rampaian Istimewa Si Bunga Rampai


Bunga rampai, bukanlah bunga yang ada dengan semula jadi tetapi ia adalah campuran daun pandan yang dihiris halus, digaul dengan beberapa jenis bunga dan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa majlis dan adat istiadat di kalangan masyarakat Melayu umumnya. Majlis sedemikian adalah Majlis Pertunangan, Majlis Persandingan, Majlis Berkhatan, Majlis Akad Nikah, Majlis Cukur Rambut, dan sebagainya.



Aroma keharuman dari bunga rampai ini sangat menyerlah di sesuatu majlis yang diadakan sehinggakan suasananya sentiasa dalam kesegaran. Keberadaannya memberikan suatu terapi khusus kepada majlis persandingan dan teramat sesuai diletakkan di dalam bilik pengantin. Kesannya mewujudkan suatu ketenangan jiwa dan perasaan yang aman damai kepada yang mendapat baunya.


Bahan-bahan yang seringkali digunakan adalah seperti berikut:

  • Daun pandan
  • Daun nilam
  • Daun serai wangi
  • Daun limau purut
  • Bunga melor
  • Bunga ros kampung
  • Bunga tanjung
  • Bunga cempaka
  • Bunga kemboja putih
  • Kulit Limau purut


Sirih Junjung juga boleh diperolehi di Gubahan Kak Min. Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.

Ahad, 14 September 2014

Gubahan Hantaran Hijau Yang Ringkas

Pada minggu yang lepas, sebuah majlis pertunangan telah diadakan dengan iringan gubahan hantaran berwarna hijau yang ringkas. Walaupun bilangan dulangnya agak sedikit, gubahan yang ringkas ini telah cukup untuk menyerikan suasana pada majlis hari itu.



Dari cerita orang-orang tua, pada zaman dahulu pertunangan diadakan sebagai satu ikatan janji antara dua keluarga untuk menyatukan anak lelaki dan anak perempuan masing-masing sebagai pasangan hidup. Jarak masa pertunangan itu lazimnya diadakan sebagai tempoh untuk bakal mempelai membuat persiapan.



Bakal pengantin perempuan selalunya mengambil kesempatan untuk menimba ilmu yang lebih mendalam mengenai pentadbiran urusan rumah tangga yang akan dikendongnya. Manakala bakal pengantin lelaki pula mengumpulkan keperluan untuk majlis dan hantaran untuk pihak perempuan, selain menimba ilmu sebagai ketua rumah tangga.


Set Gubahan Hantaran berserta hiasan barang hantaran

Gubahan hantaran sering kali diadakan sebagai syarat tanda pemberian pihak masing-masing pada yang menerima. Ia adalah langkah pertama di mana keluarga masing-masing bakal memberi untuk membantu sesama keluarga. Yang pertama dan tentunya bukan yang terakhir. Oleh itu, gubahan hantaran yang sedikit bilangannya dan ringkas sudah mencukupi. Pada tahun 2014 ini sempena 1435 hijriah, Gubahan Kak Min menyediakan pakej tempahan dulang hantaran yang paling sedikit dan ringkas, 5 (lima) dulang dan 1 (satu) bakul sebanyak $300 seperti contoh gambar yang di atas itu. Jika anda hanya ingin menyewa dulangnya sahaja, Gubahan Kak Min boleh sewakan 5 (lima) dulang dan 1 (satu) bakul sebanyak $200 seperti contoh gambar yang di bawah ini.

Contoh Gubahan Hantaran tanpa barang-barang hantaran.

Contoh Bunga Rampai.


Bunga rampai juga boleh diperolehi di Gubahan Kak Min, dengan harga $2 sebiji bunga rampai seperti contoh gambar yang di atas (bakul dipinjamkan untuk waktu majlis). Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.