http://www.emailcashpro.com
Memaparkan catatan dengan label potpourri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label potpourri. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Oktober 2014

Rampaian Istimewa Si Bunga Rampai


Bunga rampai, bukanlah bunga yang ada dengan semula jadi tetapi ia adalah campuran daun pandan yang dihiris halus, digaul dengan beberapa jenis bunga dan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa majlis dan adat istiadat di kalangan masyarakat Melayu umumnya. Majlis sedemikian adalah Majlis Pertunangan, Majlis Persandingan, Majlis Berkhatan, Majlis Akad Nikah, Majlis Cukur Rambut, dan sebagainya.



Aroma keharuman dari bunga rampai ini sangat menyerlah di sesuatu majlis yang diadakan sehinggakan suasananya sentiasa dalam kesegaran. Keberadaannya memberikan suatu terapi khusus kepada majlis persandingan dan teramat sesuai diletakkan di dalam bilik pengantin. Kesannya mewujudkan suatu ketenangan jiwa dan perasaan yang aman damai kepada yang mendapat baunya.


Bahan-bahan yang seringkali digunakan adalah seperti berikut:

  • Daun pandan
  • Daun nilam
  • Daun serai wangi
  • Daun limau purut
  • Bunga melor
  • Bunga ros kampung
  • Bunga tanjung
  • Bunga cempaka
  • Bunga kemboja putih
  • Kulit Limau purut


Sirih Junjung juga boleh diperolehi di Gubahan Kak Min. Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.