Kisah cinta kali ini meminta kami menjadikankan keinginan pengatin perempuan satu kenyataan. Beliau, Nurul Huda memilih konsep "Black & Silver" bagi hantaran indahnya kepada pihak lelaki.
Konsep "Black & Silver" ini adalah koleksi eksklusif kami yang mana mempunyai 6 kotak istimewa.
Hantaran ber-konsep "Black & Silver" ini melambangkan kekuatan cinta yang menawan di antara Nurul Huda dan pasangannya Mohd Fahmy. Bak kata pepatah, hitam itu manis. Warna konsep ini juga menjadi tema di majlis persandingan di pihak perempuan yang diadakan pada 16 Februari 2013. Keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai yang datang turut mendoakan agar ikatan perkahwinan di antara mereka berdua berkekalan sampai ke akhir hayat. Amin...
Bagi kami di pihak Gubahan Kak Mindengan gembiranya mengucapkan tahniah dan semoga berbahgia hendaknya.Diharap hantaran yang digubah dengan ikhlas ini memberi kepuasan dan senyuman apabila melihatnya.
Terima kasih kepada Nurul Huda memilih Gubahan Kak Min, Gubahan Hantaran dari Singapura untuk barang hantaran di majlis perkahwinan beliau.
Gubahan Kak Min menyediakan khidmat Gubahan Hantaran di Singapura. Gubahan Kak Min provides gifts decoration service for matrinony ceremony in Singapore.
Jumaat, 1 Mac 2013
Selasa, 5 Februari 2013
Putih & Biru Konsep Campur & Ganding
Tahniah & Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada pasangan pengantin Daniel & Natasha. Kami berdoa semoga mereka berbahagia selalu dan dapat kekal bersama hingga ke syurga.
Tempahan ini dibuat oleh ibu Daniel iaitu Puan Jamaliah, untuk majlis pernikahan yang diadakan pada 6 Januari 2013 yang lalu. Terima kasih kami ucapkan pada Puan Jamaliah kerana telah menghubungi dan berbincang bersama kami tentang keinginan beliau untuk mengadakan perhiasan mengikut budget dan pemilihan konsep serta tema warna yang sesuai bagi gubahan hantaran. Gubahan hantaran ke pihak pengantin perempuan telah menerima sambutan yang sangat memuaskan. Kami turut bergembira majlis yang diadakan itu selesai dengan jayanya.
Terima kasih sekali lagi kepada Puan Jamaliah di atas keyakinan yang telah diberikan pada kami; Gubahan Kak Min, Gubahan Hantaran Perkahwinan & Pernikahan di Singapura.
Langgan:
Catatan (Atom)